Wednesday 23 May 2012

Kembali Pulang

Assalamualaikum semua...
rasenye dah lame xmenjengah ke blog saya ni....
just nk sher pic2 terbaru bersama adk2 semasa program prodigy yg sentiasa dlm ingatan...

RTC GOPENG :






RTC KELANTAN :


Monday 2 January 2012

WELCOME 2012


kini 2011 telahpun melabuhkan tirainya...selamat datang 2012...:)
apa azam anda semua????
saya?????
saya pn ade azam baru gk...
saya harap tahun ini saya akan lebih matang dan dapat menjadi seorang yang lebih baik..
semoga Allah permudahkan segala urusan saya..
semoga Allah panjang usia saya, kedua ibu bapa saya serta ahli keluarga saya...
<--------HAPPY NEW YEAR------->

Saturday 26 November 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


Ahad ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. saya kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang ini (Sabtu, 26 Nov 2011). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
doa-akhir-tahun
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
doa-awal-tahun
Sumber : Mutiara Hikmah

Friday 25 November 2011

       Disini saya ada sedikit perkongsian tentang kisah hidup saya. xcukup dengan stress assingment yg banyak..saya didatangkan dengan dugaan yang saya tidak sangka..yang dulu pernah berlaku dalam hidup saya, kini berlaku lagi.. hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa, sesungguhnya saya rasa tidak kuat untuk menghadapi semua ini.. jika dahulu saya pernah dikejutkan dengan berita yang kekasih saya akan berkahwin dengan orang lain. dan kali ini ia sekali lagi mengejutkan saya. saya terima semua ini sebab saya tahu semua ini mesti ada hikmah disebaliknya. cuma kadang-kadang saya terfikir, adakah saya ini memang tidak layak untuk bahagia??? kenapa nasib saya macam ni??? saya tahu semua persoalan ini tidak harus saya kemukakan..tapi itulah yang sering bermain difikiran saya.. 
      walaupun saya sangat merinduinya..saya cuba juga unutk kuat.. saya ingat kembali apa yang sahabat saya cakap pada saya.. "terima semua ini dengan redha dan fikir bahawa mungkin ada yang lebih baik yang saya akan jumpa suatu hari nanti". namun, peristiwa ini banyak memberi kesedaran kepada saya, mungkin kerana ketika saya bahagia saya lupa pada Dia yang memberi kebahagiaan kepada saya.. jarang sekali saya bersyukur pada dia, saya lalai,saya leka. sehinggalah Dia ambil semula kebahagiaan tersebut. jadi, sahabat semua....jangan kita terlalu taksub atau leka dengan sesuatu yang kita ada kerana ia boleh hilang dan pergi dari hidup kita.. sekali sekala bersyukurlah kepada-Nya tanda kita mengingatinya...:)


ingat sahabat...cinta & kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta & kasih sayang Allah... sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki...kata2 untuk sarapanku pagi ini..:)




                                  

Thursday 3 November 2011

Bangkit Dari Kegagalan

Siapapun anda, pasti tidak ingin mengalami kegagalan. Sebagai mahluk yang memiliki motivasi dan obsesi sudah tentu anda akan berusaha keras untuk menghindari kegagalan dan mencapai kejayaan. Namun siapa yang sanggup menolak jika kegagalan masih menghampiri anda?
 Sebagai manusia normal yang tak lekang dari melakukan kesalahan dan kekurangan. Memang kegagalan yang terjadi boleh membuat anda stress, terhempas, depresi, bahkan rasa kecewa. Tapi jika anda berjiwa kental, kekalahan dan kegagalan yang anda alami tidak akan membuat anda ‘down’ apalagi sampai membuat anda frust.
Sebagai manusia yang memiliki impian dan harapan, jangan menjadikan kegagalan sebagai alasan untuk berhenti mengejar hari esok yang lebih cerah. Untuk itu anda perlu memiliki matlamat dan tujuan yang lebih jelas untuk menghindari atau setidaknya mengurangkan kegagalan. Di bawah ini adalah tip-tips untuk mengatasi kegagalan yang anda alami.

* Orang bijak mengatakan, ‘Kegagalan adalah pelajaran yang paling berharga’.
Maka jangan cuma menyesali dan meratapinya, belajarlah dari kegagalan-kegagalan yang anda alami. Pelajari mengapa anda sampai gagal. Supaya di lain waktu anda akan lebih hati-hati dalam setiap tindakan. Dan kegagalan yang lalu tidak akan terulang lagi pada diri anda.


* Buatlah rancangan dan target yang lebih terperinci untuk mencapai tujuan anda.
Tuliskan rancangan dan target ini dalam buku agenda anda. Jangan lupa untuk menetapkan langkah-langkah yang harus anda lakukan. Dengan langkah yang lebih terancang, anda tidak akan kehilangan arah dan mudah mencapai tujuan.


* Motivasilah diri anda sendiri untuk melakukan semua rancangan anda dengan seluruh daya dan kemampuan yang anda adaDan rajin-rajinlah mengingatkan diri sendiri untuk melaksanakan langkah yang telah ditetapkan. Jangan sampai langkah-langkah tersebut hanya menjadi sebuah tulisan di buku agenda tanpa sebarang latihan.


* Kalau perlu buatlah perjanjian atau hukuman terhadap diri anda sendiri jika anda lalai atau tidak melakukan langkah-langkah tersebut. 

* Carilah ‘magic sentences’ atau kata-kata hikmah yang dapat menjatuhkan semangat anda dalam merealisasikan rancangan. Misalnya, “Hari ini harus lebih baik dari hari kemarin”, “Kejayaan ada dimana-mana" dan lain-lain. Tuliskan kalimat-kalimat ini di atas kertas dengan warna-warna terang dan tampalkan di tempat yang mudah terlihat anda, misalnya di cermin atau di meja kerja. Sehingga setiap kali membacanya anda semakin bermotivasi untuk melakukan dan mencapai yang terbaik.

* Jangan pernah mengeluh.
Orang-orang yang berjaya dalam hidupnya adalah orang-orang yang tidak suka berkeluh kesah dan pantang menyerah. Memang, jika suatu waktu anda mengalami perasaan lelah, kecewa, sedih dan tak bersemangat. Namun jangan sampai perasaan sentimentil tersebut menghalang niat anda dalam mencapai tujuan yang telah anda tetapkan.

Kesimpulannya, jangan sekalipun anda menyerah oleh kegagalan. Jika anda dapat meraih kejayaan kerana belajar dari kegagalan, hasilnya akan terasa lebih manis dan menyenangkan. Tetapi, ingat dari semua hal tersebut ada satu yang tak boleh anda lupakan iaitu doa kerana doa dapat mengaliri harapan dan kekuatan pada diri manusia dalam menggapai kejayaan. Selamat berusaha dan berdoa…

Friday 21 October 2011

7 Tip Kecemerlangan Diri


1. Menerima realiti manusia itu
2. Memiliki konsep kendiri positif
3. Menuntut ilmu dan mengamalkannya
„4. Mengurus emosi dengan bijak dan berkesan
5. Mampu Mengurus Masa Dengan Baik
6. Mempunyai kemahiran yang cekap
7. Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t



Sunday 16 October 2011

"come to me"

just utk hiburan n tontonan semua..