Sunday 9 October 2011

Salam semua

Views
     Maaf kerana lama tak post ape2...sy sebenarnye xtaw nk letak ape kat blog sy ni..tp hari ini sy nak kongsi sedikit pengalaman sy di hujung minggu ini. pada hari jumaat lepas sy telah menyertai satu camping kelana siswa di Kem Temasya Rimba Templer yang terletak di rawang selama 3 hari 2 malam. kursus yang saya ikuti ini ialah Kursus Manikayu 1 yg merupakan tugasan sy untuk subjek Kelana Siswa.
     Pada mulanya sy rasa agak malas untuk menyertai camping ini kerana banyak lagi tugasan lain yang belum disiapkan. tetapi,sudah menjadi tanggungjwab,terpaksa la pergi juga. banyak pengalaman yang ditimba dan paling saya tak lupa adalah pengalaman membuat aktiviti air dan malam pengakap. sy disuruh berenang dan menyelam, sangat menakutkan!!! kerana sy xpandai berenang. jantung sy xpyah cite la,berdegup kencang skali..he3. sy cuba juga berenang tetapi tidak boleh,terkuak2 didalam air itu, nasib baik la sy masih dpt mengawal dan tiada apa2 yg berlaku. sy cuba berenang juga dengan bahagian belakang dan akhirnya berjaya sampai ke tebing
      Pada sebelah malamnya hujan turun,jadi ini merupakan cabaran yang sangat hebat kepada kami kerana habis semua khemah basah dan barang-barang dalam beg saya juga basah. malam itu saya tidur dengan bertilamkan air..he3.. tapi tak mengapa la sebagai pengalaman buat saya kerana bukan selalu kan?? sehingga hari terakhir kami semua berkemas untuk pulang dan sepanjang kem ini saya rasa seronok walaupun kadang-kadang terasa penat.
      Di bawah ialah beberapa gambar semasa saya berada di kem tersebut :


sewaktu istiadat pagi..PENGAKAP REMAJA

Ahli kumpulan saya..petrol 12

 instruktor dan pensyarah



No comments:

Post a Comment