Saturday, 26 November 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


Ahad ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. saya kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang ini (Sabtu, 26 Nov 2011). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
doa-akhir-tahun
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
doa-awal-tahun
Sumber : Mutiara Hikmah

Friday, 25 November 2011

       Disini saya ada sedikit perkongsian tentang kisah hidup saya. xcukup dengan stress assingment yg banyak..saya didatangkan dengan dugaan yang saya tidak sangka..yang dulu pernah berlaku dalam hidup saya, kini berlaku lagi.. hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa, sesungguhnya saya rasa tidak kuat untuk menghadapi semua ini.. jika dahulu saya pernah dikejutkan dengan berita yang kekasih saya akan berkahwin dengan orang lain. dan kali ini ia sekali lagi mengejutkan saya. saya terima semua ini sebab saya tahu semua ini mesti ada hikmah disebaliknya. cuma kadang-kadang saya terfikir, adakah saya ini memang tidak layak untuk bahagia??? kenapa nasib saya macam ni??? saya tahu semua persoalan ini tidak harus saya kemukakan..tapi itulah yang sering bermain difikiran saya.. 
      walaupun saya sangat merinduinya..saya cuba juga unutk kuat.. saya ingat kembali apa yang sahabat saya cakap pada saya.. "terima semua ini dengan redha dan fikir bahawa mungkin ada yang lebih baik yang saya akan jumpa suatu hari nanti". namun, peristiwa ini banyak memberi kesedaran kepada saya, mungkin kerana ketika saya bahagia saya lupa pada Dia yang memberi kebahagiaan kepada saya.. jarang sekali saya bersyukur pada dia, saya lalai,saya leka. sehinggalah Dia ambil semula kebahagiaan tersebut. jadi, sahabat semua....jangan kita terlalu taksub atau leka dengan sesuatu yang kita ada kerana ia boleh hilang dan pergi dari hidup kita.. sekali sekala bersyukurlah kepada-Nya tanda kita mengingatinya...:)


ingat sahabat...cinta & kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta & kasih sayang Allah... sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki...kata2 untuk sarapanku pagi ini..:)




                                  

Thursday, 3 November 2011

Bangkit Dari Kegagalan

Siapapun anda, pasti tidak ingin mengalami kegagalan. Sebagai mahluk yang memiliki motivasi dan obsesi sudah tentu anda akan berusaha keras untuk menghindari kegagalan dan mencapai kejayaan. Namun siapa yang sanggup menolak jika kegagalan masih menghampiri anda?
 Sebagai manusia normal yang tak lekang dari melakukan kesalahan dan kekurangan. Memang kegagalan yang terjadi boleh membuat anda stress, terhempas, depresi, bahkan rasa kecewa. Tapi jika anda berjiwa kental, kekalahan dan kegagalan yang anda alami tidak akan membuat anda ‘down’ apalagi sampai membuat anda frust.
Sebagai manusia yang memiliki impian dan harapan, jangan menjadikan kegagalan sebagai alasan untuk berhenti mengejar hari esok yang lebih cerah. Untuk itu anda perlu memiliki matlamat dan tujuan yang lebih jelas untuk menghindari atau setidaknya mengurangkan kegagalan. Di bawah ini adalah tip-tips untuk mengatasi kegagalan yang anda alami.

* Orang bijak mengatakan, ‘Kegagalan adalah pelajaran yang paling berharga’.
Maka jangan cuma menyesali dan meratapinya, belajarlah dari kegagalan-kegagalan yang anda alami. Pelajari mengapa anda sampai gagal. Supaya di lain waktu anda akan lebih hati-hati dalam setiap tindakan. Dan kegagalan yang lalu tidak akan terulang lagi pada diri anda.


* Buatlah rancangan dan target yang lebih terperinci untuk mencapai tujuan anda.
Tuliskan rancangan dan target ini dalam buku agenda anda. Jangan lupa untuk menetapkan langkah-langkah yang harus anda lakukan. Dengan langkah yang lebih terancang, anda tidak akan kehilangan arah dan mudah mencapai tujuan.


* Motivasilah diri anda sendiri untuk melakukan semua rancangan anda dengan seluruh daya dan kemampuan yang anda adaDan rajin-rajinlah mengingatkan diri sendiri untuk melaksanakan langkah yang telah ditetapkan. Jangan sampai langkah-langkah tersebut hanya menjadi sebuah tulisan di buku agenda tanpa sebarang latihan.


* Kalau perlu buatlah perjanjian atau hukuman terhadap diri anda sendiri jika anda lalai atau tidak melakukan langkah-langkah tersebut. 

* Carilah ‘magic sentences’ atau kata-kata hikmah yang dapat menjatuhkan semangat anda dalam merealisasikan rancangan. Misalnya, “Hari ini harus lebih baik dari hari kemarin”, “Kejayaan ada dimana-mana" dan lain-lain. Tuliskan kalimat-kalimat ini di atas kertas dengan warna-warna terang dan tampalkan di tempat yang mudah terlihat anda, misalnya di cermin atau di meja kerja. Sehingga setiap kali membacanya anda semakin bermotivasi untuk melakukan dan mencapai yang terbaik.

* Jangan pernah mengeluh.
Orang-orang yang berjaya dalam hidupnya adalah orang-orang yang tidak suka berkeluh kesah dan pantang menyerah. Memang, jika suatu waktu anda mengalami perasaan lelah, kecewa, sedih dan tak bersemangat. Namun jangan sampai perasaan sentimentil tersebut menghalang niat anda dalam mencapai tujuan yang telah anda tetapkan.

Kesimpulannya, jangan sekalipun anda menyerah oleh kegagalan. Jika anda dapat meraih kejayaan kerana belajar dari kegagalan, hasilnya akan terasa lebih manis dan menyenangkan. Tetapi, ingat dari semua hal tersebut ada satu yang tak boleh anda lupakan iaitu doa kerana doa dapat mengaliri harapan dan kekuatan pada diri manusia dalam menggapai kejayaan. Selamat berusaha dan berdoa…

Friday, 21 October 2011

7 Tip Kecemerlangan Diri


1. Menerima realiti manusia itu
2. Memiliki konsep kendiri positif
3. Menuntut ilmu dan mengamalkannya
„4. Mengurus emosi dengan bijak dan berkesan
5. Mampu Mengurus Masa Dengan Baik
6. Mempunyai kemahiran yang cekap
7. Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t



Sunday, 16 October 2011

"come to me"

just utk hiburan n tontonan semua..


Saturday, 15 October 2011

Asas membentuk remaja berakhlak mulia

hari ini ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan semua. ia mungkin boleh dijadikan pedoman kepada diri saya sendiri dan semua yang membacanya.

Zaman remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang. Corak peralihan yang pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang mengalaminya. Setiap remaja sewajarnya diasuh untuk mempersiapkan dirinya sebagai khalifah Allah. Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai dalam diri seorang remaja sejak awal lagi supaya mereka berjaya dan maju sebagai generasi cemerlang dan diberkati.

Jika pembentukan remaja tidak berlaku dengan sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." -.

Ketika ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan negara. Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga kian jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Antara masalah sosial yang sering dilakukan remaja pada hari ini ialah seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, penagihan atau pengedaran dadah, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram dan sebagainya.

Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh media cetak dan elektronik yang saban hari memaparkan mengenai eksploitasi terhadap wanita serta kebebasan remaja yang keterlaluan dan banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama yang baru meningkat remaja.

Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau pengaruh daripada rakan sebaya. Sebenarnya, masalah remaja adalah masalah kita bersama. Oleh itu gandingan yang mantap dan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, rakan sebaya dan anggota masyarakat amat diperlukan dalam menangani masalah remaja.

1. Peranan Ibu bapa

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim ayat 6). Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan awal kepada anak-anak amat mustahak dalam kita merencanakan masa depan hidup mereka kerana mengabaikannya bererti akan merosakkan ahli masyarakat seluruhnya. Antara panduan keibubapaan yang digariskan Islam ialah:
- Ibu bapa menjadi model yang salih dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.
- Mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan kekerasan kerana ini akan menjadikan mereka berasa senang hati dan gembira untuk melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan dan pada masa yang sama menerima ganjaran atau pujian.
- Memenuhi masa lapang bersama anak seperti sembahyang berjemaah, makan, membaca al-Quran dan bersukan. Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu bapa kerana sudah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain.
- Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari ibu bapa dari semasa ke semasa.
- Kesabaran juga amat perlu dalam diri ibu bapa kerana tiap-tiap anak walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan berbeza antara satu sama lain.

2. Peranan Guru

Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas pendidikan dilakukan Rasulullah. Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan." Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah:
- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi ikutan.
- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga.
- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar.
- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya.
- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan Rabbani.

3. Peranan Rakan Sebaya

Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa.

4. Peranan Anggota Masyarakat

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain." - (Riwayat at-Tabarani). Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota masyarakat amat penting untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi perkembangan dan pertumbuhan remaja yang sihat.

Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah: 
- Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan peranan mereka dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak pembangunan negara pada masa akan datang.
- Mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk melatih belia remaja aktif dalam berpersatuan. Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.
- Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam sesuatu kariah melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya anggota masyarakat setempat dapat saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi anak jiran seperti mana dia mengasihi anaknya sendiri.
Memartabatkan seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan dakwah dan NGO lain) supaya peranan dan fungsi institusi berkaitan dapat direalisasikan dengan berkesan.

Sunday, 9 October 2011

Salam semua

     Maaf kerana lama tak post ape2...sy sebenarnye xtaw nk letak ape kat blog sy ni..tp hari ini sy nak kongsi sedikit pengalaman sy di hujung minggu ini. pada hari jumaat lepas sy telah menyertai satu camping kelana siswa di Kem Temasya Rimba Templer yang terletak di rawang selama 3 hari 2 malam. kursus yang saya ikuti ini ialah Kursus Manikayu 1 yg merupakan tugasan sy untuk subjek Kelana Siswa.
     Pada mulanya sy rasa agak malas untuk menyertai camping ini kerana banyak lagi tugasan lain yang belum disiapkan. tetapi,sudah menjadi tanggungjwab,terpaksa la pergi juga. banyak pengalaman yang ditimba dan paling saya tak lupa adalah pengalaman membuat aktiviti air dan malam pengakap. sy disuruh berenang dan menyelam, sangat menakutkan!!! kerana sy xpandai berenang. jantung sy xpyah cite la,berdegup kencang skali..he3. sy cuba juga berenang tetapi tidak boleh,terkuak2 didalam air itu, nasib baik la sy masih dpt mengawal dan tiada apa2 yg berlaku. sy cuba berenang juga dengan bahagian belakang dan akhirnya berjaya sampai ke tebing
      Pada sebelah malamnya hujan turun,jadi ini merupakan cabaran yang sangat hebat kepada kami kerana habis semua khemah basah dan barang-barang dalam beg saya juga basah. malam itu saya tidur dengan bertilamkan air..he3.. tapi tak mengapa la sebagai pengalaman buat saya kerana bukan selalu kan?? sehingga hari terakhir kami semua berkemas untuk pulang dan sepanjang kem ini saya rasa seronok walaupun kadang-kadang terasa penat.
      Di bawah ialah beberapa gambar semasa saya berada di kem tersebut :


sewaktu istiadat pagi..PENGAKAP REMAJA

Ahli kumpulan saya..petrol 12

 instruktor dan pensyarah



Saturday, 24 September 2011

Jika mahu berjaya



Sikap orang yang berjaya

  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain

Sikap orang yang gagal

  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah
  • Tidak mahu menerima pendapat orang lain

Tuesday, 20 September 2011

http://www.pusaka01.blogspot.com/
Ini merupakan blog yang ditulis oleh pensyarah saya iaitu En. Aziz M.Yatim. beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat berpengalaman dan telah menjalankan pelbagai program dengan jayanya. saya sangat kagum dengannya tetapi alangkah sedih kerana kami tidak berkesempatan untuk menimba ilmu yang lebih banyak dengan beliau. jadi, banyak maklumat-maklumat dan pengalaman-pengalaman baru yang berguna yang boleh kita kongsikan bersama dalam blog ini.


Salam Perkenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya mencipta blog saya sendiri, selama ni saya banyak jenguk yg orang laen punya je.. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan perbaiki yang bukan sekadar di blog ini tetapi juga dalam diri saya sendiri, dalam menjalani kehidupan seharian dan sebagainya. saya berharap agar saya dapat jadi yang terbaek tidak kira dalam bidang saya iaitu sebagai bakal kaunselor mahupun sebagai makhluk Allah di muka bumi bertuah ini. insyaallah...
Terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi jenguk blog sy ni..sila tinggalkn pesanan atau sebarang komen yang anda rasa sesuai dan ingin kongsi bersama sedia. ianya sangat dialu-alukan kerana tidak salah kita berkongsi ilmu malah dari situ kita dapat mengingatkan orang lain serta diri kita sendiri juga.  
GOOD LUCK ALL!!!!